PERANTI INPUT
- Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
- Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.
- Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i.input
- Papan Kekunci (Keyboard)
![]() |
| Rajah 2.11: Papan Kekunci |
ii - Grafik
1. Mesin Pengimbas
Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.
Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.
2. Kamera Digital
Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.
3. Pengimbas Kod Bar
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar Kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.
iii - Audio
![]() |
| Rajah 2.15: Mikrofon |
Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.
iv - Video
![]() |
| Rajah 2.17: Kamera Web |
![]() |
| Rajah 2.16: Kamera Video |
v - Lain-lain
1. Skrin Sesentuh
![]() |
| Rajah 2.18: Skrin Sesentuh |
Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output. Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.
2. Peranti Penunjuk
![]() |
Rajah 2.19: Tetikus
|
![]() |
Rajah 2.20: Kayu Ria
|
Peranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).







No comments:
Post a Comment